Bagi yang suka memasak, terutama daging. Nak masak sup ke . Kat sini saya nak kongsi sikit caranya. Apa yang saya nak bagitau ialah cara kita nak masak daging yang keras dan tak empuk walaupun dah lama kita masak atau rebus.
Caranya ialah ambil sebiji buah betik yang telah dipotong. Masukkan ke dalam masakkan daging kita tadi. Daging akan menjadi empuk .
Jadi pikir pikirlah kalau tak nak gas kat rumah cepat habis.
Thursday, 17 January 2013
Cara nak lembutkan daging
Wednesday, 16 January 2013
Kenali orang disekeliling anda
Hari nie saya nak bagitau, kehidupan kita memang perlukan keluarga, rakan dan pembimbing. Bukan apa..saya adalah sorang kawan...dia baik dan mudah kesian tak bertempat..
Bukan nya saya nak menyibuk tapi tetapi terpaksa menyibuk. Kalau kat pejabat jadi penasihat lah kita nie...penasihat tak bertauliah.. Kawan kita nie kan, pantang aje orang minta tolong..mesti dia tolong... Tak kiralah dari segi kewangan terutamanya...kadang kadang kesian juga aku dengar dia mengeluh..
Bayangkan lah, kalau dalam beg duit dia ada rm40. Sanggup dia bagi 2 untuk bagi pinjam pada orang lain. Walaupun dia sendiri terdesak dan tak cukup budget untuk sampai hujung bulan. Ramai juga yang berhutang dengan dia... Ada yang pinjam sampai rm300. Paling sikit rm50.. Dan yang paling suka pinjam dari dia..kakak dia yang dah bersuami dan adik nya yang bekerja di pejabat kerajaan.
Yang dia selalu mengadu nie ialah semua yang meminjam dari dia tak nak bayar... Dan yang paling dia kecewa, time dia pulak susah.. Nak pinjam dari adik beradik sendiri tu... Semua kata tak ada... Saya pun tak puas hati bila dengar. Sejak itu saya nasihatkan beliau...nampak macam ok juga lah dia sekarang.
Walaupun sehingga sekarang beliau mengaku yang dia mudah kecian bila tengok muka orang yang minta bantuan dari dia.
Jadi pikir pikirkan lah...nak tolong orang berbentuk wang ringgit nie. Tengok tengoklah dulu... Jangan mudah terperdaya dengan janji dan raut wajah orang yang ingin meminjam termasuk adik beradik...
Monday, 14 January 2013
Sakit perut
Sakit perut....semua orang pernah kena sakit perut kan.... Kalau yang tak pernah tu...tak tau lah..hehehe
Bagi sesiapa yang selalu sangat sakit perut , cuba cara nie.....
Ambik kapur sirih makan tu dan asam jawa cikit. Campur kan kedua dua bahan tadi dengan sedikit air... Lepas tu panaskan di atas api... Tapi jangan lah sampai mendidih pulak...
Agak agak dah panas tu bolehlah angkat. Lepas tu sapukan bahan yang telah dipanas tadi pada perut.... Sakit akan beransur hilang... Selamat mencuba...
Jadi pikir pikirkan lah..kalau tak nak sakit perut tu...jaga permakanan korang...
Sunday, 13 January 2013
Mana langkahku berhenti
Kesian aku melihat 2 wargaemas nie tidur di tepi kedai... Ku lihat jam di tangan ku sedang menunjukkan jam 3.48am. Waktu tu aku datang makan di warung sebab lapar...lagipun aku baru aje selesai bertugas...
Dalam hatiku terpikir...mengapa mereka sanggup tidur di tepi kedai? Mereka tak ada rumah ke? Atau bekerja sebagai pengawal keselamatan?
Aku cuba bertanya pada pelayan di kedai makan tu...ternyata mereka bukan nya pengawal keselamatan tapi hanyalah seorang warga emas yang tak tau mana dia nak tuju...padahal mereka tu adalah penduduk daerah tu.
Mana keluarganya? Mana anak anak nya? Mana isteri ataupun saudara maranya? Adakah mereka nie dihalau dari rumah? Atau disisih oleh anak anak? Hanya mereka sendiri yang tau...selesai aku makan dan minum, aku pun bangun dan pulang ke tempat penginapan ku... 2 wargaemas tu tetap lena tidur dibuai mimpi mereka masing masing.
Jadi pikir pikirlah kita semua...adakah suatu hari nanti kita juga akan jadi begitu... Disisih keluarga dan anak anak... Hanya masa akan menentukannya. Sekian
Friday, 11 January 2013
Punca ramai lemah tenga batin
Hai semua... Nie nak kongsi cikit aje ehehehe... Untuk mengelakan kita dari kurang nafsu seks. Atupun yang kurang tenga batin baik lelaki mahupun wanita... Tau apa punca nya...
Antara puncanya ialah:
1. Kuat sangat minum arak
2. Sapa yang kuat sangat merokok
3. Yang suka tahan kencing
4. Sapa yang suka buat orani
guna tangan
5. Jangan libatkan diri dgn dadah
6. Fikiran selalu terganggu atau runsing
7. Kerap tak cukup tidur.
8. Siapa yang suka sangat mandi tengah malam.
9. Dan sapa yang sukakan kencing dalam air...
Tu aje yang saya nak kongsi...jadi pikir pikirlah sebelum menyesal atau terlewat....
Thursday, 10 January 2013
Nak bagi bau asap rokok hilang
Nie ada satu petua lagi...boleh cuba kalau nak cuba. Untuk orang yang tak tahan bau rokok dalam rumah atau pejabat ...boleh lah cuba...betul tak.
Cuba korang letakkan hampas serbuk kopi kat tempat habuk rokok...tapi jangan lah banyak... Dalam sesudu sudu teh , cukuplah... Bau rokok nya akan bertukar jadi wangi.... Selamat mencuba.... Pikir pikirlah member yang tak merokok berkongsi rumah...cian kat dia hehhehehehe...
Wednesday, 9 January 2013
Petua hilangkan mirgrin
Kalau korang yang selalu sakit kepala disebabkan mirgrin.. Saya ada petuanya... Dulu saya pun pernah kena mirgrin. Cara dia mudah aje.
Bahan :
1. Akar sintok macam dalam gambar tu.( biasa ada jual kat kedai orang india)
2. Shampoo.( apa apa jenis lah, janji shampoo)
Cara cara guna dia:
1. Sediakan gayung atau bekas kecik dan isi air suam suam panas.
2. Potong akar sintok kecik kecik dan masukkan dalam bekas beeisi air tadi.
3. Masukkan shampoo pulak dalam bekas tadi dan gaul sebati...mcm buat kuih tu.... Dan biarkan selama 5 atau 10 minit.
4. Dah cukup masa... Tapiskan dulu air tadi....
5. Basahkan kepala anda dengan air yang dah korang tapis tadi. Sambil tuan air tu...korang urutkan kepala agar air kena seluruh kulit kepala.
6. Bila dah selesai guna semua air tadi...korang bungkus kepala tu dengan tuala yang kecik...mcm kat kedai saloon tu... Biar dalam 20 minit. Nanti korang akan rasa kepala mcm berdenyut denyut sikit.
7. Bila dah 20 minit... Basuhlah kepala tu dengan air yang bersih . Tuang cikit cikit air bersih atas kepala...nanti korang akan rasa panas akan keluar . Lps tu mandi seperti biasa.
Nota: Bagi yang sakit mirgrin yang teruk...mula mula guna cara nie..dia akan rasa berat sangat kepala dia lepas tu... Nak tido aje...lakukan proses ini setiap hari sehingga mirgrin hilang... Biasa dalam masa seminggu bagi yang sakit mirgrin teruk. Saya cadangkan lakukan bila nak mandi waktu petang. Selamat mencuba....pikir pikirkan lah... Nak makan ibat atau nak cuba petua ini
Takut dengan belut
Aku ada sorang kawan. Nama antik dia Boy( bukan nama sebenar). Adik beradik kepada guli pop. Adalah kitorang pergi jalan jalan ke pekan tamparuli..kononnya aku minta tunjuk jambatan tamparuli tu. Jadi kitaorang pun pergilah dengan rombongan. Dalam perjalanan nie si pop nie sembanglah yang dia nie orang kampung. Kira tak takutlah kalau masuk hutan,masuk sungai ke. Kira bravo zulu lah( terbaik).
Dia punya sembang, setakat pukul ular sawa yang masuk reban ayam tu , tak ada masalah. Kita orang pun dengar aje dia bercerita. Ada yang ternangga mulut. Ada yang buat muka geli.
Tak lama lepas tu kita orang pun sampai lah kat pekan tamparuli. Kebetulan pada hari tu ada pasar tamu . Jadi nampak meriah dan sesak juga lah jalan.
Kita pun ambik keputusan,parking kenderaan sebarang sungai dan jalan ikut jambatan gantung tamparuli tu. Best juga pasal lama dah tak jalan atas jambatan gantung nie. Sambil sambil ada lah yang posing tangkap gambar mengalahkan model iklan baju hehehehehe.
Jalan pun jalan kita pun sampailah di pasar tamu nya. Yang kawan aku Si Boy nie asyik berceeita. Dah macam pemandu pelancong pulak. Dia pun asyik bercerita , kami pun singgah lah tgk apa yang makcik sorang tu jual dalam baldi . Si Boy pun datang rapat. Tak pasal pasal dia lepas tu menjerit dan melompat lari, macam tak cukup padang. Semua orang kat situ tengok dan gelak pecah perut. Aku pun harian , ngape dia jadi mcm tu... Sekali aku pergi dekat balidi makcik tu....rupa rupa makcik tu jual BELUT. Hahahaha.
Kami pun beredar dari situ dan balik ke kenderaan. Kami tgk Si boy nie dah ada dalam kereta. Muka dia pucat dan tak bercakap langsung sampai lah kami di kk. Rupa nya dia nie penakut belut. Bukan tu aje. Kita cerita bab belut pun dia boleh jadi panik. Kesian pulak aku tengok dia.
Jadi lain kali jangan lah kita sembang besar sebab setiap kita pasti ada kelemahan. Pikir pikirlah sebelum kita kena atau terkena.
Tuesday, 8 January 2013
Sambungan dari Kenangan 2 : Part 3
Bila dah kena rotan oleh atuk..biasanya aku akan lari balik rumah dan sembunyi bawah katil nenekku. Selagi nenek tak ambik, memang aku tak berani keluar. Takut kena rotan lagi. Walaupun nenek dan datukku garang tapi hati mereka baik.
Bila malam nenek akan ambik aku dari bawah katil dan ditangannya meati dia bawakan botol minyak. Bukan apa, minyak tu buat sapu kat bekas kena rotan di badan dan paha ku. Biasanya kat badan ku tak kurang 10 bekas kena rotan. Time nenek sapukan minyak kat badan..time tu lah aku sambung nangis .kadang kadang nenek pun nangis sama.
Lepas makan malam baru aku belajar dan buat kerja rumah. Dengan pencil yang pendek dah dekat dengan hujung pemadam tulah aku menulis. Nak minta beli pensel baru, takut kena marah. Kadang kadang bila mewarna kertas lukisan tu kalau tak cukup warna tu aku guna arang untuk warna hitam.
Begitu lah kehidupan aku selalunya. Kalau time hujung minggu tu time cuti, aku akan ikut nenekku ke sungai. Terutama bila air surut. Kami akan mencari lokan buat lauk. Tu kira menu yang sedap bagi ku sebab kebiasanya kami hanya akan makan nasi berlaukan ikan bilis dan timun. Bila tahun berganti tahun, aku pun dah 10 tahun. Kehidupan aku dan nenek dan atuk adalah berubah sikut. Kalau sebelum nya beg sekolah aku, atukku kutip dari tong sampah dan dijahit semula oleh nenekku. Aku dah boleh beli beg baru dari hasil kayu kayu getah yang aku kumpul dan dijual pada tauke yang buat arang. Sama juga dengan kasut sekolah ku. Sebelum ini kasut sekolah aku, atuk hanya mampu beli kasut getah. Dan pada umur ku dah 10 tahun baru aku merasa memegang dan merasa duit belanja yang banyak . Dalam 50 sen. Tapi routine pergi ke sekolah tetap sama . Beejalan kaki. Oklah... Saya berhenti dulu ye... Tunggu sambungan bahagian ke 4.
Bantuan Bekas tentera dan BR1m
Tahun nie mesti ramai yang gembira bila Pm kita bagitau ada lagi BR1M
dan untuk bekas tentera yang tak berpencen pun dapat bantian RM1000.
Aku pun termasuk dalam golongan dapat hahahhahaha. Senyum sampai ke telinga. Duit tak dapat lagi tapi angan angan dah macam macam. Mengalah nak dapat duit Sejuta. Hehehhehe.
Sempat juga tengok gelagat rakan rakan yang mula mula mengisi borang bantuan tu terutamanya borang bantuan untuk bekas pesara tentera yang tidak berpencen. Ada yang mengelabah...ada yang cool( kontrol macho konon) padahal dia lah yang paling laju hantar borang. Bila borang dah dihantar ....mula timbul penyakit mengelabah dia pulak datang.
Boleh dikatakan hari hari tanya keputusan. Lulus atau Gagal. Dia punya panik dan gekisah mengalahkan nak tunggu keputusan SPM time aku dulu dulu lah. Aku pun sama juga tapi kontrol macho. Hehehhehehe.
Dalam sebulan lebih juga kita tunggu jawapan dari VETERAN. Akhirnya kita pun dapat keputusan .tapi kena cheak guna online lah. Mana yang tak lulus lagi.. Bila ditanya..buat muka merajuk. Nak gelak pun ada.
Bila dah dapat keputusan melalui surat dari Veteran...mula pasang angan angan... Sekali member bagi tau... Pembayaran tu tak tau bila dibuat lagi tengok muka sorang sorang macam tak semangat dah. Huhuhuhuv padan muka aku juga. Last last kawan gelakkan kita balik.
Jadi jangan gelak kan orang. Pasti ada balasannya. Kita kena bersyukur kalau kita dapat. Jadi... Pikir pikirlah wahai sahabat. Sabar tu separuh dari iman
Kucing tak ada TIKUS merdeka
Nie nak kongsi lah kisah dipejabat aku sikit. Bukan nak kongsi bangunan atau kongsi parking kereta tapi nak kongsi pengalaman aje hehehehhe. Pejabat memang luas, dan bila dah luas banyaklah port port untuk melepak untuk buat tahi mata. Tapi tu pun time rehat aje baru boleh lepak kat port lagipun bos bos asyik tengok aje. Kena lah rajin buat kerja.
Saya ada sorang kawan yang jaga bahagian keluar masuk surat. Dia nie hantu lah cikit. Pada suatu hari time kami berkumpul time rehat makan tengahari sambil bersembang, dia pun mencelah.Korang nak tau tak dia tanya. Kami pun jawaplah selamba aje.
Sekali dia bagitau , besok semua bos kena outststion untuk mesyuarat selama 2 hari. Kami yang dengar apa lagi. Tersengah sampai ke telinga. Nasib baik tak tepuk meja makan kedai mamak.Keesokkan nya bila bos bos dah berangkat ke airport, kami pun apa lagi. Buat pejabat dah macam pejabat bapa kami punya. Ada yang main poker dalam facebook. Ada yang tido dan ada yang tak masuk pejabat.
Tapi yang paling best tu kerja pejabat satu pun tak buat. Asyik main fb, tagged. Tak cukup komputer pejabat , guna ipad . Yang tak ada ipad ,belasah guna telepon.Mentang mentang wifi free. Tu lah kerja selama bos tak ada.
Lepas 2 hari bos pun balik dan masuk pejabat pagi tu. Kami ada baris pagi time tu. Apa lagi ,bos pun marah dan bagitau apa yang kami telah buat semasa ketiadaan nya.
Dari A to Z lah dia bagitau. Kami pun hairan macam mana bos tau. Sejak hari tu kami dah tak berani buat lawak macam tu kalau bos outstation. Takut kena beehenti kerja .huhuhuhu..
Jadi jangan ingat kita selamat kalau bos outstation sebab ada di antara kawan kita sendiri yang jadi mata mata bos. PIKIR PIKIRKAN LAH demi masa depan kita. Bye
Monday, 7 January 2013
Di mana silapnya
Apa yang saya perhatikan pada hari nie. Terlalu mudah kita melenting dan naik angin. Tak kira orang dewasa atau pun para belia. Dan benda yang buat orang orang mudah melenting pulak kebanyakan nya adalah benda simple atau kita katakan memang dah routine harian kita.
Contohnya jalanraya sesak. Kita boleh lihat ragam dari segi raut wajah para pemandu. Ada yang mengeleng kepala. Ada yang pandai bercakap sorang sorang. Dan ada juga yang tak kurang hebatnya membunyikan hon. Yang paling bestnya kalau ada penumpang sebelah. Mesti pemandu akan membebel. Yang sebelah kena tahan telinga lah.
Tapi kita lupa, sebenarnya kita sebagai pemandu sedikit sebanyak ada menyumbang kesesakan lalulintas. Apa tidaknya , cuba perhatikan betul betul. Jumlah kenderaan diatas jalanraya sekarang jika dibanding 10 tahun dulu. Tu salah satu contoh .
Jadi kita sama sama lah bersabar dan jangan mudah melenting atau naik angin. Lagipun tak baik untuk kesihatan..
Pikirvpikirkan lah
Jalan jalan ke kundasang
Gara gara member kata kalau nak makan kepak ayam sedap, kena pergi kat kundasang. Apa lagi aku pun pergi lah time cuti hujung minggu dengan kereta tua ku. Perjalanan ke kundasang taklah jauh sangat cuma sekali sekala lah terpaksa ikut belakang lori . Jadi kena sabor aje lah...
Sambil kita memandu , boleh lah cuci mata tengok pemandangan yang menarik tambah tambah bila melalui jalan lereng bukit tu. Udara pun nyaman. Bila dah tiba kundasang,konon nak cari kepak ayam...tapi last last pergi belasah kedai yang jual macam macam jenis buah...
Maklumlah...kali pertama sampai kundasang. Dah macam rusa masuk kampung hahhahaha. Beli lah buah 2 3 jenis. Lepas tu terus pergi tempat ladang lembu. Semput juga kereta tua aku nak pergi ladang lembu. Best sapa yang tak pernah pergi.. Dah macam lagu SAYANG KINABALU...Bila dah petang..aku pin balik KK. Yang tak best tu...aku lupa nak beli KAPAK AYAM.
Sunday, 6 January 2013
Punca Kemalangan
Kerana lalai dan cuai , badan binasa. Pada yang kita dapat lihat di surat khabar pada setiap hari. Pasti ada saja kemalangan melibatkan kehilangan nyawa. Baik penamdu,penunggang,pejalan kaki mahupun yang tengah berehat.
Memang saya tak nafikan kerajaan dan banyak buat iklan di tv, radio mahupun di media cetak.Tetapi kemalangan tetap akan berlaku. Lagipun kalau dah ajal,kita pun tak mampu nak mengelak. Tetapi adakah kebanyakan pemandu tahu ajal mereka.
Kalau tanya saya, saya pun tak dapat nak menjawap.
Bila saya tengok sendiri cara para pemandu ini membawa kenderaan di jalanan, kadang kadang saya pun hairan.Adakah begini yang mereka belajar sewaktu mula mula belanjar memandu.Adakah guru yang mengajar memandu cara yang bertentangan dengan undang undang jalan raya?
Contoh nya yang selalu saya jumpa.
Pemandu yang memandu pelahan meggunakan lorong kanan tanpa peduli, lorong kanan adalah lorong untuk memotong atau yang membawa laju. Lagi satu, apa yang selalu terjadi.Kebanyakan pemandu suka membelok tanpa memberi atau memasang lampu isyarat terlebih dahulu.
Banyak lagi contoh contoh yang kita lihat kalau kita perhatikan betul betul gelagat orang memandu. Dan ada macam macam gaya pun ada. Jadi kalau sayangkan keluarga atau nyawa .
PIKIR PIKIRKAN LAH. Biar kereta buruk janji jangan hati yang buruk .
Pikirkan bersama
Pondok jetty Kg Termenong, Kota Kinabalu
Bila dilihat pondok tempat bot fan sampan nelayan di sini saya amat terkejut. Mengapa pondok jetty nie tak dibaiki pada hal apa yang saya tau dari penduduk..banyak juga agensi atau persatuan yang membuat lawatan atau membuat projek jiwa murni. Jadi ngape perkara nie terjadi? Pikir pikir kan lah.
Saturday, 5 January 2013
Pantai teluk abai kota belud
standy harris (@StandyHarris) tweeted at 1:53 PM on Sun, Jan 06, 2013: Pantai telok abai..kota belud http://t.co/FS66GjCc (https://twitter.com/StandyHarris/status/287798943482540032) Get the official Twitter app at https://twitter.com/download
Pelbagai aturcara telah dilakukan bersama dengan penduduk kampung, antaranya gotong royong membersihkan tanah perkuburan,khidmat menggunting rambut untuk kanak kanak ,bersukan dan sesi dialog.Sambutan yang diberikan oleh penduduk kg Ambong amat membanggakan walaupun pada hari tersebut difahamkan ramai ibubapa yang menghantar anak ke sekolah untuk pendaftaran.
Di akhir aturcara tersebut diadakan majlis menyerahkan cendera hati buat Ketua Kampung serta Ajk serta untuk para nelayan. Majlis penutupnya adalah dengan kesemua warga APMM dan penduduk kampung menunaikan solat jumaat bersama sama.Diharap selepas nie akan ada majlis perjumpaan dengan penduduk kampung bagi merapatkan hubungan disamping mendengar masalah yang dihadapi oleh para nelayan. Sekian
Friday, 4 January 2013
kenangan ku 2
bila umur aku naik ke 7 tahun...atuk,nenek dan aku pindah ke kampung bukit siol...dekat dengan kem polis hutan di petra jaya,kuching.Disitu ramai lah juga saudara nenek dan rumah pulak dekat dekat...kata orang kalau terkentut di rumah,jiran pun dengar...hehehrhehhehe. Aku pulak telah dihantar ke sekolah di kawasan bandar iaitu SMB ST THOMAS,KUCHING.Jaraksekolah aku dari rumah lebih kurang dalam 14km. Biasa aku dah pergi ke sekolah jam 5.15am..ditemankan oleh nenek ku....dari rumah kami akan berjalan kaki sejauh10km sebelum sampai di sungai sarawak untuk menaiki sampan....tambang masa tu aku cuma 5sen aje...orang tua 10sen. Bila dah sampai di seberang sungai...aku dan nenek aku akan berjalan kaki semula sampai ke sekolah dalam 3km pulak. bila di sekolah nenek akan bagi aku duit belanja 20sen dan di bekal dgn air kopi o dalam botol. aku biasa nya jarang makan waktu rehat, cuma minum air aje. Bila time balik sekolah,nenek akan datang menjemput aku. Tapi kebiasaan nya sebelum balik rumah,kami selalu singgah di kedai minum. Time tu aku suka sangat minta sepotong lemang dengan kopi o...biasa lah,lepas minun tu kami akan balik naik sampan. Sampai seberang sungai kami akan berjalan kaki sejauh 10km di bawah sinaran matahari. Tapi yang tak tahan dengan aku nie,bila sampai rumah aje..bukan nak belajar. Tapi terus berlari terjun dalam parit ,pergi tangkap anak ikan. Bila dah masuk dalam parit aje,mula lah tak ingat dunia. Sebab tu juga lah selalu dapat hadiah kena rotan oleh datuk ku.
kenangan kehidupan diriku
pada usia aku 6 tahun..aku di hantar ke tadika...tapi lah seperti tadika zaman sekarang....bangunan tadika kami masa tu ibarat mcm tunggu masa nak runtuh aje, dengan dindingnya banyak yang dah rosak...ada papan tinggal separuh.... tingkap kayu aje...tak ada kipas...semuanya dalam serba kekurangan. aku biasanya semangat pergi tadika..bukan apa pun sebab makcik yang jaga situ akan bagi kami minum air kopi dan 3 keping biskut merry... sedap tu time tu... dan yang tak yahan tu kebanyaknya kami pergi tadika pakai baju tidur aje.... tak ada unifrom...ada yang berkaki ayam aje.... aku pun apa kurangnya...selipar jepun siap berikat tali rapia.
biasa nya kami mula belajar dari jam8 samapi jam 11 pagi aje...oleh kerja datuk aku orang miskin ...aku selalu guna pensil yang kontot...pemandam guna gelang getah yang dililit pada hujung pensil.... kita stop dulu lah ye... nanti saya sambung lagi k....