bila umur aku naik ke 7 tahun...atuk,nenek dan aku pindah ke kampung bukit siol...dekat dengan kem polis hutan di petra jaya,kuching.Disitu ramai lah juga saudara nenek dan rumah pulak dekat dekat...kata orang kalau terkentut di rumah,jiran pun dengar...hehehrhehhehe. Aku pulak telah dihantar ke sekolah di kawasan bandar iaitu SMB ST THOMAS,KUCHING.Jaraksekolah aku dari rumah lebih kurang dalam 14km. Biasa aku dah pergi ke sekolah jam 5.15am..ditemankan oleh nenek ku....dari rumah kami akan berjalan kaki sejauh10km sebelum sampai di sungai sarawak untuk menaiki sampan....tambang masa tu aku cuma 5sen aje...orang tua 10sen. Bila dah sampai di seberang sungai...aku dan nenek aku akan berjalan kaki semula sampai ke sekolah dalam 3km pulak. bila di sekolah nenek akan bagi aku duit belanja 20sen dan di bekal dgn air kopi o dalam botol. aku biasa nya jarang makan waktu rehat, cuma minum air aje. Bila time balik sekolah,nenek akan datang menjemput aku. Tapi kebiasaan nya sebelum balik rumah,kami selalu singgah di kedai minum. Time tu aku suka sangat minta sepotong lemang dengan kopi o...biasa lah,lepas minun tu kami akan balik naik sampan. Sampai seberang sungai kami akan berjalan kaki sejauh 10km di bawah sinaran matahari. Tapi yang tak tahan dengan aku nie,bila sampai rumah aje..bukan nak belajar. Tapi terus berlari terjun dalam parit ,pergi tangkap anak ikan. Bila dah masuk dalam parit aje,mula lah tak ingat dunia. Sebab tu juga lah selalu dapat hadiah kena rotan oleh datuk ku.
No comments:
Post a Comment