Saturday, 5 January 2013

Pada 28 Dis 2012 Agensi Penguatkuasaan Maritim DM15 Kota Kinabalu telah membuat satu lagi program projek jiwa murni di Kg Ambong, Kota Belud bagi merapatkan hubungan di antara pihak agensi dengan penduduk kampung khususnya para nelayan. Pihak agensi yelah diketuai oleh Ketua Penguatkuasaan Maritim DM15 serta 60 anggota. Ketibaan kami telah disambut oleh Ketua Kg Ambong sendiri iaitu Encik Patin Jali sendiri serta Ajk dan penduduknya.
Pelbagai aturcara telah dilakukan bersama dengan penduduk kampung, antaranya gotong royong membersihkan tanah perkuburan,khidmat menggunting rambut untuk kanak kanak ,bersukan dan sesi dialog.Sambutan yang diberikan oleh penduduk kg Ambong amat membanggakan walaupun pada hari tersebut difahamkan ramai ibubapa yang menghantar anak ke sekolah untuk pendaftaran.
Di akhir aturcara tersebut diadakan majlis menyerahkan cendera hati buat Ketua Kampung serta Ajk serta untuk para nelayan. Majlis penutupnya adalah dengan kesemua warga APMM dan penduduk kampung menunaikan solat jumaat bersama sama.Diharap selepas nie akan ada majlis perjumpaan dengan penduduk kampung bagi merapatkan hubungan disamping mendengar masalah yang dihadapi oleh para nelayan. Sekian

No comments:

Post a Comment