Kerana lalai dan cuai , badan binasa. Pada yang kita dapat lihat di surat khabar pada setiap hari. Pasti ada saja kemalangan melibatkan kehilangan nyawa. Baik penamdu,penunggang,pejalan kaki mahupun yang tengah berehat.
Memang saya tak nafikan kerajaan dan banyak buat iklan di tv, radio mahupun di media cetak.Tetapi kemalangan tetap akan berlaku. Lagipun kalau dah ajal,kita pun tak mampu nak mengelak. Tetapi adakah kebanyakan pemandu tahu ajal mereka.
Kalau tanya saya, saya pun tak dapat nak menjawap.
Bila saya tengok sendiri cara para pemandu ini membawa kenderaan di jalanan, kadang kadang saya pun hairan.Adakah begini yang mereka belajar sewaktu mula mula belanjar memandu.Adakah guru yang mengajar memandu cara yang bertentangan dengan undang undang jalan raya?
Contoh nya yang selalu saya jumpa.
Pemandu yang memandu pelahan meggunakan lorong kanan tanpa peduli, lorong kanan adalah lorong untuk memotong atau yang membawa laju. Lagi satu, apa yang selalu terjadi.Kebanyakan pemandu suka membelok tanpa memberi atau memasang lampu isyarat terlebih dahulu.
Banyak lagi contoh contoh yang kita lihat kalau kita perhatikan betul betul gelagat orang memandu. Dan ada macam macam gaya pun ada. Jadi kalau sayangkan keluarga atau nyawa .
PIKIR PIKIRKAN LAH. Biar kereta buruk janji jangan hati yang buruk .
Sunday, 6 January 2013
Punca Kemalangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment