Sunday, 6 January 2013
Pikirkan bersama
salam semua...pernah tak kita terpikir atau berfikir. Suatu hari kita pun seperti orang tua kita, mengeluh,pening kepala, risau,dan kadang kadang berasa tertekan...maksud saya bilakita ada mempunyai keluarga dan anak anak. Tapi bagi yang baru mendirikan rumah tangga .Mungkin yang baru dua tiga bulan baru berkahwin tak terasa. Bagi mereka yang dah ada anak yang 4 atau 5 orang yang kesemua anak dah bersekolah....tentu akan merasai perkara seperti yang saya katakan tadi. Bagi keluarga yang pendapatan kecil memang akan terasa .Mungkin bagi orang yang suami isteri yang bekerja kuranglah merasaai nya. Tentu banyak duit yang diperlukan untuk membayar buku dan kelengkapan persekolahan anak anak. Masa lah penyakit sakit kepala pun mula menyerang. Tentu ramai keluarga yang pendapatan kecil nie yang pening lalat.Time tu juga banyaklah yang pergi pajak rantai emas kat kedai,ada yang letak telepon kat kedai dan ada juga tak kurang sanggup pergi pinjam ceti untuk meminjam duit semata mata untuk menyekolahkan anak anak yang tersayang. Mungkin begitu orang orang tua kita dulu.Kerana nak melihat anak anak berjaya di masa hadapan. Jadi kita yang sekarang nie,kalau boleh ingat ingat orang tua kita. Pikir pikirkan lah bersama .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment