Tuesday, 8 January 2013

Kucing tak ada TIKUS merdeka

Nie nak kongsi lah kisah dipejabat aku sikit. Bukan nak kongsi bangunan atau kongsi parking kereta tapi nak kongsi pengalaman aje hehehehhe. Pejabat memang luas, dan bila dah luas banyaklah port port untuk melepak untuk buat tahi mata. Tapi tu pun time rehat aje baru boleh lepak kat port lagipun bos bos asyik tengok aje. Kena lah rajin buat kerja.
Saya ada sorang kawan yang jaga bahagian keluar masuk surat. Dia nie hantu lah cikit. Pada suatu hari time kami berkumpul time rehat makan tengahari sambil bersembang, dia pun mencelah.Korang nak tau tak dia tanya. Kami pun jawaplah selamba aje.
Sekali dia bagitau , besok semua bos kena outststion untuk mesyuarat selama 2 hari. Kami yang dengar apa lagi. Tersengah sampai ke telinga. Nasib baik tak tepuk meja makan kedai mamak.Keesokkan nya bila bos bos dah berangkat ke airport, kami pun apa lagi. Buat pejabat dah macam pejabat bapa kami punya. Ada yang main poker dalam facebook. Ada yang tido dan ada yang tak masuk pejabat.
Tapi yang paling best tu kerja pejabat satu pun tak buat. Asyik main fb, tagged. Tak cukup komputer pejabat , guna ipad . Yang tak ada ipad ,belasah guna telepon.Mentang mentang wifi free. Tu lah kerja selama bos tak ada.
Lepas 2 hari bos pun balik dan masuk pejabat pagi tu. Kami ada baris pagi time tu. Apa lagi ,bos pun marah dan bagitau apa yang kami telah buat semasa ketiadaan nya.
Dari A to Z lah dia bagitau. Kami pun hairan macam mana bos tau. Sejak hari tu kami dah tak berani buat lawak macam tu kalau bos outstation. Takut kena beehenti kerja .huhuhuhu..
Jadi jangan ingat kita selamat kalau bos outstation sebab ada di antara kawan kita sendiri yang jadi mata mata bos. PIKIR  PIKIRKAN LAH demi masa depan kita. Bye

No comments:

Post a Comment