Wednesday, 9 January 2013

Takut dengan belut

Aku ada sorang kawan. Nama antik dia Boy( bukan nama sebenar). Adik beradik kepada guli pop. Adalah kitorang pergi jalan jalan ke pekan tamparuli..kononnya aku minta tunjuk jambatan tamparuli tu. Jadi kitaorang pun pergilah dengan rombongan. Dalam perjalanan nie si pop nie sembanglah yang dia nie orang kampung. Kira tak takutlah kalau masuk hutan,masuk sungai ke. Kira bravo zulu lah( terbaik).
Dia punya sembang, setakat pukul ular sawa yang masuk reban ayam tu , tak ada masalah. Kita orang pun dengar aje dia bercerita. Ada yang ternangga mulut. Ada yang buat muka geli.
Tak lama lepas tu kita orang pun sampai lah kat pekan tamparuli. Kebetulan pada hari tu ada pasar tamu . Jadi nampak meriah dan sesak juga lah jalan.
Kita pun ambik keputusan,parking kenderaan sebarang sungai dan jalan ikut jambatan gantung tamparuli tu. Best juga pasal lama dah tak jalan atas  jambatan gantung nie. Sambil sambil ada lah yang posing tangkap gambar mengalahkan model iklan baju hehehehehe.
Jalan pun jalan kita pun sampailah di pasar tamu nya. Yang kawan aku Si Boy nie asyik berceeita. Dah macam pemandu pelancong pulak. Dia pun asyik bercerita , kami pun singgah lah tgk apa yang makcik sorang tu jual dalam baldi . Si Boy pun datang rapat. Tak pasal pasal dia lepas tu menjerit dan melompat lari, macam tak cukup padang. Semua orang kat situ tengok dan gelak pecah perut. Aku pun harian , ngape dia jadi mcm tu... Sekali aku pergi dekat balidi makcik tu....rupa rupa makcik tu jual BELUT. Hahahaha.
Kami pun beredar dari situ dan balik ke kenderaan. Kami tgk Si  boy nie dah ada dalam kereta. Muka dia pucat dan tak bercakap langsung sampai lah kami di kk. Rupa nya dia nie penakut belut. Bukan tu aje. Kita cerita bab belut pun dia boleh jadi panik. Kesian pulak aku tengok dia.
Jadi lain kali jangan lah kita sembang besar sebab setiap kita pasti ada kelemahan. Pikir pikirlah sebelum kita kena atau terkena.

No comments:

Post a Comment